Saturday, February 27, 2010

Resepi untuk baby bulan ke 8 bulan

Sebenarnya terlewat skit nak update resepi resepi yg me masak utk little rayyan, boleh lah kut..little rayyan pun lagi seminggu genap 8 bulan.

Me start bagi little rayyan makan lagi seminggu nak 6 bulan, me start dengan nestum beras perang dah juga biskut farley.

then dah masuk 6 bulan,me start dengan puri dulu :-

Resepi Puri Apple :-
1) ambil sepotong buah epal, cuci, buangkan kulit dan cincang mcm bentuk dadu
2) kemudian rebuskan bersama sedikit air
3) biarkan mendidikan sehingga buah menjadi lembut
4) ambil epal yg telah direbus dan kisar sehingga halus

Resepi Puri Pir
1) ambil sepotong buar pir, cuci buangkan kulit dan cincang mcm bentuk dadu
2) kemudian rebuskan bersama sedikit air (jgn byk sgt nanti hilang manis)
3) biarkan mendidi sehingga buah menjadi lembut
4) blend pir yg telah direbus sehingga halus

Resepi Puri Lobak Merah
1) ambil sebatang lobak merah size kecil, buangkan kulit , cuci bersih
2) potong lobak menjadi bentuk dadu dan rebus sehingga empuk
3) setelah empuk kisar sehingga halus
4) tambah skit air waktu blend lobak

Resepi Puri Pisang
1) ambil dua biji pisang emas yg masak
2) bakar sekejab atas api (sj buat sbb org kata nak buang angin dunno betul ke tak)
3) masukkan dlm pengisar dan campur sedikit air masak
4) blend hingga hancur

Resepi Puri Keledek
1) Ambil sebiji ubi keledek bersaiz kecil, buang kulit, cuci bersih
2) potong keledek bentuk dadu dan rebus hingga empuk
3) setelah empuk blend halus (tambah juga sedikit air ketika blend) dan air jgn byk sgt

Resepi Puri Kentang
1) ambil sebiji kentang bersize sederhana ( sy suka beli yg besar dan kulit cerah tu)
2) setelah empuk kisar kentang, tambah sedikit air jugak ketika blend

Puri Bayam
1) ambil beberapa helai daun bayam, cuci bersih dan ptong size kecil
2) rebus hingga lembut
3) kisar hingga halus

* Nota:-
kalau nak start makanan buat menu yg sama selama 3 hari berturut, senang nak tau baby alergik apa apa makanan tak, then make sure jgn masukkan garam ye , x elok untuk buah pinggang, seelok -eloknya sehingga 2 tahun..

me juga ada buat bubur nasi untuk rayyan :-

Resepi Bubur Ayam bersama lobak dan bayam (bila rayyan dah masuk 7 bulan baru me campurkan dua, tiga jenis bahan )




1) Ambik segenggam beras
2) Rebus beras sehingga kembang bersama lobak
3) dah agak kembang tu masukkan ayam
4) bila nampak ayam dah masak skit last sekali baru masuk bayam
5) jangan lupa basuh ye bahan bahan di atas, kebersihan amatlah penting

* Ayam kalau banyak skit lagi sedap sbb rasanya mcm yummy yummy

setelah masak semua masa untuk blend



me sangat suka blend ni. hanya dlm beberapa second jer, then kualiti pun sgt halus utk baby baru start nak mamam






*tekstur bubur ni kasar skit memandangkan rayyan dah nak masuk 8 bulan ye

- kadang kadang me buat bubur ikan tenggiri + bayam, resepi sama , hanya tukar sama ada ayam, ikan, bayam, brokoli, cauliflower, carrot ...

Akhirnya me tukar juga ke blogspot:)

sebelum ni macam malas je nak tukar ke blogspot..ye lah dah berkecimpung dgn blogdrive agak lama..nak masuk 6 tahun rasanya..

tp last last tergerak gak hati tengah malam buta ni nak bukak akaun blogspot..dah la x pandai sgt ni..baru nak try n error...